15/08/2008 11:48 am
Seminar di Hotel dibenarkan semula

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa semalam, majlis rasmi dan seminar yang dianjurkan kementerian atau agensi kerajaan dibenarkan untuk kembali diadakan di hotel.

Kementerian Kewangan menerusi Pekeliling Perbendaharaan bilangan 4/2008, yang dikeluarkan semalam mengumumkan larangan mengadakan majlis rasmi dan seminar di hotel terhadap kementerian dan agensi kerajaan sebelum ini ditarik balik.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, berkata sebelum ini melalui pekeliling bertarikh 9 Jun 2008, kementerian dan agensi kerajaan tidak dibenar mengadakan majlis rasmi di hotel sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha industri hotel menyuarakan kebimbangan bahawa kesan langkah itu boleh menjejaskan industri perhotelan.

Berita penuh: Bharian.com.my 


27/07/2008 1:42 am
Selamat tinggal Pulau Pangkor

Pulau Pangkor 'separuh lumpuh' ekoran daripada arahan kerajaan melarang kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menggunakan kemudahan hotel untuk seminar, kursus dan mesyuarat. Kami, peserta dibawah program usahawan Bizcom dan Phone Corner, adalah di antara yang terakhir mendapat peluang ini.

Program dibawah anjuran MARA ini telah dilangsungkan selama 10 hari di Faez Resort, Pangkor. Persahabatan yang terjalin bukan sahaja antara peserta, malah dengan tenaga pengajar, penyelaras dan pekerja resort sememangnya satu kenangan yang tak mudah dilupakan. Lepas ni tak tahu lah apa nasib mereka yang bekerja disitu sebab memang kami peserta kursus inilah yang memenuhkan resort tersebut.


23/06/2008 12:05 pm
Skim pinjaman MARA

Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA akan mengadakan taklimat Kemudahan Pembiayaan Mara untuk bakal usahawan serta usahawan sedia ada pada waktu dan tempat seperti berikut:

Tempat: Dewan Sumber Ilmu, Bahagian Pembangunan Sumber (BPS), Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Tarikh: 25/06/2008

Masa: 2.45 petang 

Maklumat lanjut: www.mara.gov.my/bpn  


 


13/02/2008 2:38 pm
Jom Bincang Bisnes
Sebagai moderator di melayu-trade yahoogroups, saya ingin menjemput semua usahawan, tidak kira kecil atau besar untuk hadir ke perjumpaan networking MT. Kalau sebelumnya hanya berjumpa di alam maya, inilah masanya untuk berjumpa di alam nyata pulak. Kat Shah Alam pun sudah, kat Penang pun sudah, kat Batu Pahat pun sudah, sekarang kita kembali lagi ke:

tempat: Restoren Chief Tomyam, Damansara Damai (near Perodua showroom)
tarikh: 16 FEB 2008 (Sabtu)
masa: 3 petang
bayaran: RM 8 per person (makanan, minuman, tempat)
topik: Bagaimana meningkatkan perniagaan melalui 'Business Networking'.

Sila email kepada founder, En Ridza di MTUrus@melayu-trade.com jika berminat untuk hadir.

22/01/2008 11:26 am
Program Pengiklanan Usahawan


Beberapa bulan yg lepas ada member di melayu-trade berminat untuk mengiklankan barangannya di akhbar. Beliau mencari rakan kongsi supaya kos pengiklanan dapat dikurangkan. Itu adalah satu strategi yg baik. Dengan berkongsi iklan, kos dapat dikurangkan sambil mendedahkan produk kita secara lebih efektif lagi. Idea untuk Jomniaga pun lebih kurang sama juga. Berkongsi satu iklan tetapi dalam kes ini iklan itu adalah dalam bentuk laman web.

Tapi kita bukan nak cerita pasal Jomniaga. Kita nak cerita pasal "Program Pengiklanan Usahawan" anjuran MECD (Kementerian pembangunan usahawan dan koperasi). Kepada usahawan yg berminat untuk mengiklankan produk mereka di tv, radio atau akhbar, jangan lepaskan peluang ini.

Usahawan atau koperasi akan diberi pembiayaan/penajaan sehingga 50% daripada jumlah kos pengiklanan dengan mana-mana media yang terlibat didalam program ini, antaranya:


TV - RTM, Media Prima (TV3, 8TV, NTV7, CH9), Astro
Radio - RTM, Media Prima (hot fm, fly fm), AMP (era.fm, hitz.fm, xfresh.fm, mix.fm, sinar.fm), suria fm, best 104.
Media cetak - Utusan, kumpulan Karangkraf, berita publishing, new straits times, pustaka wira, TM info media, the sun, konsortium usahawan bandaraya.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke:

Tempat: Hall 1 & 2, KL Convention Centre
Tarikh: 4 & 5 Februari 2008
Masa: 10 pagi - 7 petang

Keterangan lanjut: www.mecd.gov.my

*Jangan lupa iklankan jomniaga.com sekali ye!




Update
Tips
Santai

Seminar di Hotel dibenarkan semula
[August 15, 2008]

Selamat tinggal Pulau Pangkor
[July 27, 2008]

Skim pinjaman MARA
[June 23, 2008]

Jom Bincang Bisnes
[February 13, 2008]

Program Pengiklanan Usahawan
[January 22, 2008]



Kereta


My Files




Add to Google


A service of jomniaga.com