17/07/2007 4:56 pm
Kereta Impian

Dalam forum bicarajutawan.com, saya tanya, "What is your dream car?". Ada yang jawab BMW, ada yang jawab Volvo dan ada yang jawab sebegini..

  1. Kereta yg x guna minyak, laju, dan boleh jalan atas air gak... skang kan musim banjir..
  2. dream car...yg bole jalan guna air....
  3. My dream car is......... yang bole muat banyak barang!
    Senang meniaga...
  4. ada "kete" terbang tak? cepat sikit sampai ke tempat meeting

Mustahil? Not in this video...

  1. http://youtube.com/watch?v=7F2-dGdP4eY
  2. http://youtube.com/watch?v=6Rb_rDkwGnU
  3. http://youtube.com/watch?v=gKzIM42VW_c
  4. http://youtube.com/watch?v=-0ENHPsEpZk

Cuba nak embed the video on this blog tapi ada masalah sikit. Ada sesiapa boleh beri bantuan?

Soalan cepumas...

Apakah yang menarik mengenai kereta ini? Maaf ye..tiada hadiah kereta untuk yang berjaya meneka. Jawapan diposting yang akan datang. Until then, Pandu cermat, duit selamat...

Image Hosted by ImageShack.us



18/09/2007 1:44 am
Minta maaf ye..

Pernahkah anda menerima email yang mengandungi hadis seperti di bawah?

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Saya juga ada dapat daripada member-member sempena bulan puasa ni. Malangnya ini bukan hadis  sahih. Ini bukan saya yang cakap tapi berdasarkan email daripada Bahagian Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas seperti di bawah:

Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB.
Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:
1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar.
2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
2- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.

Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.

Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.

Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:

Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.  
        (Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)


Wallahua'lam. Sekian, terima kasih

Menurut Ustaz Zaharuddin pula
setelah merujuk 24 buah kitab hadis, saya dapati kesemua kitab ini meriwayatkan hadis yg ada sedikit persamaan iaitu pada sebutan amin oleh nabi tapi kandungan email tu tidak sohih dari nabi. 
 
Kesimpulan, riwayat tu tiada asal dan asas setakat pengetahuan saya dari 400 kitab hadis yang saya semak, saya hanya dapati ada dalam 24 buah ktab, tapi semuanya bukan macam yg diberikan oleh anda.  (sila rujuk di sini)


Anyway, since we are talking about memohon maaf, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan silap sepanjang saya mengendalikan blog ini.

Selamt berpuasa,
Zubir Zainal Abidin


11/12/2007 4:55 pm
Adakah anda penggali emas atau penjual kuali?


Sabtu lepas di Majalah 3, ditunjukkan cerita pencari emas di pantai Mersing. Pada hari biasa terdapat lebih kurang 500 orang sehari yang menggali di pantai itu untuk mencari emas dan jumlah itu meningkat ke 3000 pada hujung minggu.

Untuk mencari emas, mereka terpaksa menggali pasir pantai ke lapisan tanah liat dan menggunakan kuali untuk mendulang tanah liat yang dipercayai mengandungi emas ini.

Di beritakan, kuali-kuali di kedai-kedai di bandar Mersing telah habis dijual. Sold Out! Begitulah hebatnya penangan emas ini. Tapi jangan risau, kalau nak juga, ada tokey yang menjual kuali di pantai tapi harganya mahal sikitlah. Biasa harganya dalam RM 18, di jual di pantai dalam RM 28.

Ada penggali emas ini yang telah menjalankan kegiatan ini selama 15, 20 tahun. Ditunjukkan rumahnya, masih rumah kayu, macam rumah kampung biasa, pegi keje pun naik kapcai je. Tak tau la sengaja nak menunjukkan sebegitu. Mana tau kot kot dalam rumah tu ada emas berpeti-peti!

kalau tak....

tapi itulah ceritanya. pernah dengar tentang California Gold Rush.
In 1849 over 100,000 people had arrived in search of gold. During the next few years thousands more arrived. The output of gold rose from $5 million in 1848 to $40 million in 1849 and $55 million in 1851. However, only a minority of miners made much money from the Californian Gold Rush. It was much more common for people to become wealthy by providing the miners with over-priced food, supplies and services.

Memang kedua-duanya adalah usahawan tapi yang mana satu pilihan anda, menjadi penggali emas atau penjual kuali?




Update
Tips
Santai

Windows XP atau Windows Vista
[October 20, 2008]

Seminar di Hotel dibenarkan semula
[August 15, 2008]

Selamat tinggal Pulau Pangkor
[July 27, 2008]

Skim pinjaman MARA
[June 23, 2008]

Jom Bincang Bisnes
[February 13, 2008]



Kereta


My Files




Add to Google


A service of jomniaga.com