06/06/2007 12:49 pm
Let's Talk
Ni bukan iklan TM ye.

Ada orang bertanya, macamana nak login?, mana nak register? kena bayar dulu ke?
Before we do all that..let's talk.

This is not a free blog service such as blogger or blogspot. This is also not for any kind of blog. Kita nak bina satu komuniti blog untuk usahawan. Oleh itu, apa yang ingin diblogkan mestilah bersesuaian, tidak bercanggah dengan blog yang lain. Contohnya, macam yang pernah heboh satu masa dulu, ekspo makanan halal tapi ada satu gerai sudah letak satu benda yang memang tidak halal. Malas la nak cakap, nanti kena samak pulak blog saya ni. Satu gerai punya pasal, sudah jadi ekspo tak halal. Orang pun tak nak datang. Siapa yang rugi?

Jomniaga.com ni kira macam ekspo tu juga. One place to promote it all (macam Lords of the Rings pulak). Kita punya tagline "Bringing offline business online". Sebenarnya banyak produk kat luar tu. Masalahnya kebanyakan yang empunya produk tidak/kurang celik IT atau tak ambik peduli pasal IT. Kalau ditanya jawabnya,"Aku dah bisnes lama dah, jangan nak ngajar aku pulak, aku lebih dulu makan garam tau". Tu yang darah tinggi tu. Kita nak menolong, tak nak takpe...

Ape-ape hal pun...let's talk.

kalau tak nak keluar duit boleh email at jomsembang@jomniaga.com
kalau nak keluar duit boleh call 019 685 4791
kalau nak saya keluar duit...give me your number through email or sms. I'll call you back, ok?


01/07/2007 6:49 pm
2 hari je...

Adakah produk atau servis anda akan dijumpai jika orang mencarinya di search engine?

Jika seseorang ingin mencari produk yang dijual di supsarangburung.jomniaga.com, perkataan yang berkemungkinan besar akan ditaip di search engine atau enjin pencari ialah "sup sarang burung". Dalam dunia search engine, inilah apa yang dipanggil kata kunci atau keyword.  

Hari ini saya cuba kata kunci ini di google. Di muka depan hampir di bawah saya jumpa komen saya yang mengandungi perkataan sup sarang burung di blog member saya, Dr Azwan. komen ini saya tulis 2 hari lalu.

Saya cuba yahoo pula, Lagi bagus! Blog supsarangburung.jomniaga.com di tempat pertama. Tapi ada yang kurang bagus. saya cuba lagi beberapa jam kemudian, nombor 7 pula. Tak kisah la, janji first page. Not bad for a 2 weeks old blog!

itu lah antara kelebihan mempromosikan produk atau servis anda melalui internet. Orang ramai dengan mudah dapat mencari produk kita bila-bila masa saja. Harus diingat, mudah di sini bermaksud berada di muka pertama atau kedua. Jika lebih daripada itu, kebanyakannya akan mencari dengan menggunakan kata kunci yang lain pula.

Oleh itu, pastikan laman web anda mengandungi kata kunci atau keyword yang sesuai. It will unlock the traffic to your site.

Adakah produk atau servis anda mudah dijumpai?

jomniaga.com sedia membantu...


05/11/2007 4:49 pm
Kursus Pengurusan Kewangan

berminat untuk mengikuti kursus usahawan dengan kadar diskaun yang melampau?


Minggu lepas saya berjumpa dengan Dr Arriffin Mansor, pengerusi Excel College Malaysia dan beliau akan mengendalikan satu kursus untuk usahawan dan bakal usahawan seperti berikut:

Kursus Pengurusan Kewangan

MATLAMAT: Membolehkan peserta menggunakan ilmu dan kemahiran untuk mengendalikan perniagaan dan keusahawanan masing masing.

TEMPAT KURSUS:
Excel College, 30 Jalan Liku, dekat NST, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur (dekat Station Putra Bangsar)

TARIKH KURSUS: 12, 13, 14 November, 2007

WAKTU : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

FEE BIASA: RM900/orang termasuk makan minum dan sijil

FEE PROMOSI: RM50/orang

Maklumat lanjut sila lawati laman web beliau (ramai dah suruh jangan guna laman web free tapi beliau nak juga guna!).

Beliau cakap hanya tinggal beberapa tempat lagi.
Oleh itu, daftar segera. Sila hubungi 012-2786282 atau 03-20212440
Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa di sana.

22/01/2008 11:26 am
Program Pengiklanan Usahawan


Beberapa bulan yg lepas ada member di melayu-trade berminat untuk mengiklankan barangannya di akhbar. Beliau mencari rakan kongsi supaya kos pengiklanan dapat dikurangkan. Itu adalah satu strategi yg baik. Dengan berkongsi iklan, kos dapat dikurangkan sambil mendedahkan produk kita secara lebih efektif lagi. Idea untuk Jomniaga pun lebih kurang sama juga. Berkongsi satu iklan tetapi dalam kes ini iklan itu adalah dalam bentuk laman web.

Tapi kita bukan nak cerita pasal Jomniaga. Kita nak cerita pasal "Program Pengiklanan Usahawan" anjuran MECD (Kementerian pembangunan usahawan dan koperasi). Kepada usahawan yg berminat untuk mengiklankan produk mereka di tv, radio atau akhbar, jangan lepaskan peluang ini.

Usahawan atau koperasi akan diberi pembiayaan/penajaan sehingga 50% daripada jumlah kos pengiklanan dengan mana-mana media yang terlibat didalam program ini, antaranya:


TV - RTM, Media Prima (TV3, 8TV, NTV7, CH9), Astro
Radio - RTM, Media Prima (hot fm, fly fm), AMP (era.fm, hitz.fm, xfresh.fm, mix.fm, sinar.fm), suria fm, best 104.
Media cetak - Utusan, kumpulan Karangkraf, berita publishing, new straits times, pustaka wira, TM info media, the sun, konsortium usahawan bandaraya.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke:

Tempat: Hall 1 & 2, KL Convention Centre
Tarikh: 4 & 5 Februari 2008
Masa: 10 pagi - 7 petang

Keterangan lanjut: www.mecd.gov.my

*Jangan lupa iklankan jomniaga.com sekali ye!


13/02/2008 2:38 pm
Jom Bincang Bisnes
Sebagai moderator di melayu-trade yahoogroups, saya ingin menjemput semua usahawan, tidak kira kecil atau besar untuk hadir ke perjumpaan networking MT. Kalau sebelumnya hanya berjumpa di alam maya, inilah masanya untuk berjumpa di alam nyata pulak. Kat Shah Alam pun sudah, kat Penang pun sudah, kat Batu Pahat pun sudah, sekarang kita kembali lagi ke:

tempat: Restoren Chief Tomyam, Damansara Damai (near Perodua showroom)
tarikh: 16 FEB 2008 (Sabtu)
masa: 3 petang
bayaran: RM 8 per person (makanan, minuman, tempat)
topik: Bagaimana meningkatkan perniagaan melalui 'Business Networking'.

Sila email kepada founder, En Ridza di MTUrus@melayu-trade.com jika berminat untuk hadir.

23/06/2008 12:05 pm
Skim pinjaman MARA

Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA akan mengadakan taklimat Kemudahan Pembiayaan Mara untuk bakal usahawan serta usahawan sedia ada pada waktu dan tempat seperti berikut:

Tempat: Dewan Sumber Ilmu, Bahagian Pembangunan Sumber (BPS), Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Tarikh: 25/06/2008

Masa: 2.45 petang 

Maklumat lanjut: www.mara.gov.my/bpn  


 


27/07/2008 1:42 am
Selamat tinggal Pulau Pangkor

Pulau Pangkor 'separuh lumpuh' ekoran daripada arahan kerajaan melarang kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menggunakan kemudahan hotel untuk seminar, kursus dan mesyuarat. Kami, peserta dibawah program usahawan Bizcom dan Phone Corner, adalah di antara yang terakhir mendapat peluang ini.

Program dibawah anjuran MARA ini telah dilangsungkan selama 10 hari di Faez Resort, Pangkor. Persahabatan yang terjalin bukan sahaja antara peserta, malah dengan tenaga pengajar, penyelaras dan pekerja resort sememangnya satu kenangan yang tak mudah dilupakan. Lepas ni tak tahu lah apa nasib mereka yang bekerja disitu sebab memang kami peserta kursus inilah yang memenuhkan resort tersebut.


15/08/2008 11:48 am
Seminar di Hotel dibenarkan semula

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa semalam, majlis rasmi dan seminar yang dianjurkan kementerian atau agensi kerajaan dibenarkan untuk kembali diadakan di hotel.

Kementerian Kewangan menerusi Pekeliling Perbendaharaan bilangan 4/2008, yang dikeluarkan semalam mengumumkan larangan mengadakan majlis rasmi dan seminar di hotel terhadap kementerian dan agensi kerajaan sebelum ini ditarik balik.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, berkata sebelum ini melalui pekeliling bertarikh 9 Jun 2008, kementerian dan agensi kerajaan tidak dibenar mengadakan majlis rasmi di hotel sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha industri hotel menyuarakan kebimbangan bahawa kesan langkah itu boleh menjejaskan industri perhotelan.

Berita penuh: Bharian.com.my 




Update
Tips
Santai

Windows XP atau Windows Vista
[October 20, 2008]

Seminar di Hotel dibenarkan semula
[August 15, 2008]

Selamat tinggal Pulau Pangkor
[July 27, 2008]

Skim pinjaman MARA
[June 23, 2008]

Jom Bincang Bisnes
[February 13, 2008]



Kereta


My Files




Add to Google


A service of jomniaga.com