|
|
 |
|
1.Blog lebih murah daripada laman web. Untuk usahawan atau peniaga kecil yang tidak mempunyai masa untuk belajar html dan juga duit untuk mengupah web developer/designer.
2. Mengemaskini blog lebih mudah dari laman web. Boleh buat sendiri tanpa menunggu webmaster dan sebagainya. . 3. Enjin carian seperti google dan yahoo lebih suka blog dari laman web. Blog biasanya dikemaskini selalu dan memberikan maklumat yg terkini berbanding dengan laman web. Dengan ini bakal pelanggan anda dapat mencari anda dengan lebih pantas.
4. Berinteraksi dengan pelanggan. Blog bisnes anda memberi peluang untuk anda berinteraksi secara informal dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda. kenali pelanggan anda. Jalinkan hubungan (seller-buyer relationships only..Jangan lebih!).
5. Dapatkan feedback. Gunakan blog untuk memperbaiki barangan atau servis anda. Tanya pelanggan anda. Dapatkan testimonial daripada mereka yang berpuashati dengan khidmat anda dan perbaiki apa yang tidak disenangi.
OK..sekarang anda dah yakin untuk guna blog. Saya bagi 2 sebab lagi mengapa anda harus guna blog di sini. 1. We already have traffic. Masa tengah testing pun orang dah datang. Dekat kawan-kawan pun belum promote lagi. Terima kasih kepada Google. Di blog yang lain, anda bertindak secara solo. Di Jomniaga.com, kita bertindak secara kumpulan. Its like a big shopping complex. Just open shop!
2. Support. Macam shopping complex juga, kena la bayar sewa kan. Although it is a paid service, we give our guarantee, if you not satisfy within 3 months, we give your money back. We will do all we can to support you and your biz. WHY? Because we can't afford to lose money. After all, we are a small biz too.
|
|
Apa website yang pertama sekali anda lihat bila anda buka browser (Internet Explorer, Firefox, etc)? Saya selalu guna Yahoo Mail, so I set that up as my home page. Setiap kali saya masuk internet, itulah laman web yang pertama saya nampak.
Anda belum lagi set up homepage anda? Jika anda guna Internet Explorer, klik kat Tools > Internet Options dan masukkan alamat laman web kegemaran anda. Untuk Firefox, lebih kurang sama gak, Tools > Options. Yang lain, kurang pasti sebab takde kat PC..he he he. Boleh search kat google for more info.
Bercakap mengenai google, dia ada satu website yang di namakan Google Personalized Home atau igoogle. Instead of seeing one website, you can put and do almost anything on that page. You can check your mail, read the news, play games, watch vidoes, get beauty tips or learn Spanish, all from the same page. So now this has become my new home page.
Company lain pun ada buat this personalize homepage seperti yahoo (my.yahoo.com) dan Microsoft (start.com) tapi saya suka yang ini jugak. Salah satu sebabnya ialah saya boleh link blog saya dengan mudah ke homepage. Kalau anda lihat di sebelah kanan, ada satu butang "Add to Google". Klik kat situ, dia bagi pilihan, "add to google homepage" atau "add to google reader" (yg ni lain kali boleh cerita). Klik kat google homepage dan dia terus masukkan dalam home page.
Next time, you don't need to come to the website, the website will come to you!
|
|
40% pemilik kad kredit gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mencecah RM18.6 billion.
Malah ketika mengulas mengenai hutang kad kredit, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, pada 2005 saja, lapan peratus daripada 16,000 kes muflis yang difailkan membabitkan golongan berumur kurang daripada 30 tahun.
“Keadaan ini, walaupun masih terkawal, perlu diberi perhatian supaya kes kebankrapan membabitkan golongan muda yang baru memulakan kerjaya dapat dibendung,” katanya.
Najib berkata, program pendidikan dan kesedaran mengenai kaedah menguruskan kewangan perlu diperkenalkan bagi mengelak rakyat, terutama generasi muda boros berbelanja.
Bercakap mengenai kaedah menguruskan kewangan, Ahad yang lepas, saya pegi ke satu bengkel yang mengajar cara urus duit ni. Anda pernah baca "Rich Dad, Poor Dad" tulisan Robert Kiyosaki?
Poor Dad kata,"study hard so you can find a good company to work for". Rich dad kata,"study hard so you can fiind a good company to buy"
Poor Dad kata,"the reason I'm not rich is because I have you kids." Rich Dad kata,"the reason I must be rich is because I have you kids."
Kalau belum baca, silalah cari kat buku berdekatan. Kalau sudah baca, anda mesti tahu pasal Cashflow 101. Ia adalah satu boardgame yang mempraktikkan segala apa yg cuba disampaikan didalam buku tersebut.
Saya memang dah lama nak main Cashflow 101 ni tapi takde geng. baca buku tu teori je, kena praktikal juga. Baru lebih faham. Macam pilot yang baru training, sebelum dia bagi pegang kapalterbang yang betul, kena pegang flight simulator dulu. Kalau tidak, orang nak pegi Paris, dia bawak pegi Parit. kan ke haruuuu...
Cashflow 101 ni kira-kira macam flight simulator la juga. persediaan untuk memasuki the real world. - Kalau tiba-tiba ada orang nak offer rumah murah, nak beli ke tak? Boleh dapat untung ke tak?
- Kalau dah kira semua, ada untung tapi duit tak cukup pulak, ape nak buat?
- Tiba-tiba dapat offer beli saham, harga tengah low, berapa nak beli? 1 unit? 10 unit? 1 juta unit?
- Duit gaji cukup-cukup makan je, tetiba dapat tahu anak nak tambah lagi sorang? Ape nak buat?
- tengah jalan-jalan kat shoping complex, tiba-tiba orang offer kredit kad, free of charge? Ape nak buat? Adakah anda ingin jadi salah seorang dari 40% yang disebutkan di atas?
Ini hanyalah senario yang mungkin anda alami semasa bermain Cashflow 101. Dan ini jugalah senario yang mungkin anda alami di dunia sebenar. Ini belum masuk lagi member yang batu api, busuk hati, kaki kelentong dan sebagainya. Semuanya ada di dalam Cashlow 101. Kalau anda rasa anda adalah salah seorang atau bakal menjadi salah seorang dari yg 40% tu, elok sangatlah datang ke bengkel Cashflow 101 ni.
Sebelum ni saya ingat Cashflow 101 ni macam main monopoly je..yang itu biasa la jadi juara. tapi yang ni lagi seronok rupanya, sampai lupa nak duduk. Dengan cerita, yang menangis pun ada. Ni kes bengkrap la kot. Tapi takpe, biar bengkrap kat sini daripada bengkrap betul-betul. Lagi satu yang saya belajar dari bengkel ini, orang gaji besar tak mesti lebih kaya dari orang gaji kecik. Mungkin drebar yang tersenyum kat depan tu lebih kaya dari bos yang tersandar pening kepala kat belakang. Nak tau macamana? Jom main!!
|
|
Resipi apa pulak ni? Buletin Utama TV3 semalam ada menyiarkan berita mengenai penjualan secara terbuka alat pengesan barang elektronik di kedai-kedai kat jalan Pasar, KL. Apa gunanya benda ni? atau lebih tepat lagi apa tak gunanya benda ni? Antara ketakgunaan ialah mengesan laptop yang di simpan di dalm kereta. Kalau tak silap, jarak ia boleh mengesan ialah sehingga 1km. Senang je kan keje mereka ni, lalu je kat parking lot dah boleh tau dah, ada ke takde. Tak sampai 5 minit laptop dah leboh (klik here for more stolen laptop).
So, sesiapa yang selalu bawa laptop tu, TV3 pun ada interview Malaysian Inventor kita, En Zulkifli Haron, yang katanya lebih kurang begini,"kalau ada tudung periuk tu, bawak sekali, cover laptop tu, lagi bagus kalau masukkan terus dalam periuk,dia akan scramble the signal, so alat tu tak boleh detect kehadiran laptop tu."
Tengok kat website mat saleh, macam-macam gadget anti-theftnya, sampai beratus ringgit.. orang kita punya solution, ambik kat dapur je...he he he.
|
Nak start bisnes tapi takde modal? Mengapa perlu membuat pinjaman sedangkan ada orang nak bagi duit free. pernah dengar tentang MSC? atau pun MDEC? kalau anda ada idea tentang 6 perkara di bawah:
- Creative multimedia and content development
- Software development
- Internet based businesses
- Support services
- Shared services outsourcing
- Hardware design
cepat-cepat la ke www.technopreneurdevelopment.net.my
Saya dah mintak dan sedang dalam proses penilaian. Dapat tak dapat belakang kira. Kalau tak cuba, mana nak tau kan? tapi yang pastinya golongan usahawan bumiputera amat sedikit sekali.
So, War-warkanlah pada member-member semua. Ambil peluang yang telah disediakan. Next intake, kalau tak silap, is in January. Good Luck!
|
|
Mungkin ada yang bertanya, "dah seminggu baru nak cerita tahun baru ke?". Kira OK la ni..saya ikut tahun hijrah, bukan tahun masehi.
Adakah anda telah mencapai azam tahun 2007 anda? Menurut laman web rasmi kerajaan Amerika, www.usa.gov, antara azam tahun baru atau New Year Resolution yang popular ialah 1. Lose Weight 2. Pay Off Debt 3. Save Money 4. Get a Better Job 5. Get Fit 6. Eat Right 7. Get a Better Education 8. Drink Less Alcohol 9. Quit Smoking 10. Reduce Stress Overall 11. Reduce Stress at Work 12. Take a Trip 13. volunteer to Help Others
Persoalannya ialah adakah azam anda di mulut sahaja?
Kebanyakan orang buat azam baru sebab datangnya tahun baru, bukan sebab benar-benar ingin mencapai apa yang diazamkan. Orang lain buat, kitapun nak buat. Kalau dah biasa hisap rokok 20 batang sehari tiba-tiba cakap azam tahun baru saya nak berhenti merokok, boleh percaya ke? Rasanye 10 minit je azam tu. Itu sebab azam hanya tinggal azam. Nak mengubah perangai tu memang susah. Tambah lagi yang dah jadi buluh tu..memang susah nak dilentur..
Jadi apakah penyelesaiannya? Cuba ingatkan balik, hari pertama hisap rokok, adakah terus 20 batang sehari? orang dulu-dulu kata sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Orang sekarang kata sehari sebatang rokok, lama-lama jadi satu katon...he he he.
Apa yg perlu anda lakukan ialah to reverse the process. Kalau dulu makin lama makin tambah, sekarang makin lama makin kurang.
Lagi satu, pastikan mendapat support yang betul...kalau nak berenti merokok, kurangkan la lepak ngan member yg kaki rokok.
kalau new year resolution anda ialah nak kurangkan hutang tu (terutama kad kredit), jangan la join yg kaki joli, bergaul la dengan mereka yg ada kesedaran kewangan. Kalau dulu memang susah nak cari member tapi sekarang ni mudah, google je. Geng moto, geng kereta, geng satu sekolah, geng tanam anggur, geng bunga..macam-macam ada.
So...Apakah azam anda?
kalau anda ada azam nombor 2 & 3, boleh join geng laman web member teman di bicarajutawan.com dan urusinsan.
kalau anda ada azam 6, makan madu? (promot sikit..)
kalau anda ada azam 13, boleh join Sahabat Interaktif Malaysia (SIM), membantu anak-anak yatim di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. aktiviti hujung tahun lepas (Ni kira campur azam 10 juga nih!) & aktiviti awal tahun (2 Feb 2008 - Jom ramai-ramai).
hampir lupa pulak, Untuk azam nombor satu, tidak boleh digunapakai di Malaysia..he he eh.. sebabnya Food's too good, Malaysians not bothered about weight.
Selamat Berhijrah!
|
|
Ramai orang yang bertanya nak beli windows vista ke atau XP. Kalau nak tau boleh check kat sini , dia bandingkan kedua-duanya dalam beberapa kategori. Keputusannya: Vista yang canggih manggih hanya menang tipis keatas XP yg dah tua bangka, kalau ikut tahun komputer la.(klik sini untuk artikel menarik mengenai Operating system ini). Dua masalah terbesar Vista adalah performance dan responsiveness. In both areas, roughly half of the survey respondents claim Vista is worse than XP. “Performance on single-core systems is poor to very poor – having to wait 30-50 seconds for the Windows menu to open at times is very frustrating,” complains David Wright. “Performance is slow on a dual-core processor with 2.5GB of RAM,” moans James Noe, with the Aero interface and copying files often singled out for causing slow-downs.
So, nak beli Vista ke tak? Kalau ikut sayalah, saya tunggu Windows 7. (which according to the above article... will actually be more like Windows Vista Service Pack 2) — that will be faster, simpler, and perhaps released in 2009.
|
|
|
Update Tips Santai
Kereta
|
|