[25/06/2007 2:25 pm]
Mari belajar jadi kaya


40% pemilik kad kredit gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mencecah RM18.6 billion.


Malah ketika mengulas mengenai hutang kad kredit, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, pada 2005 saja, lapan peratus daripada 16,000 kes muflis yang difailkan membabitkan golongan berumur kurang daripada 30 tahun.

“Keadaan ini, walaupun masih terkawal, perlu diberi perhatian supaya kes kebankrapan membabitkan golongan muda yang baru memulakan kerjaya dapat dibendung,” katanya.

Najib berkata, program pendidikan dan kesedaran mengenai kaedah menguruskan kewangan perlu diperkenalkan bagi mengelak rakyat, terutama generasi muda boros berbelanja.

Bercakap mengenai kaedah menguruskan kewangan, Ahad yang lepas, saya pegi ke satu bengkel yang mengajar cara urus duit ni. Anda pernah baca "Rich Dad, Poor Dad" tulisan Robert Kiyosaki?

Poor Dad kata,"study hard so you can find a good company to work for".
Rich dad kata,"study hard so you can fiind a good company to buy"

Poor Dad kata,"the reason I'm not rich is because I have you kids."
Rich Dad kata,"the reason I must be rich is because I have you kids."

Kalau belum baca, silalah cari kat buku berdekatan.
Kalau sudah baca, anda mesti tahu pasal Cashflow 101. Ia adalah satu boardgame yang mempraktikkan segala apa yg cuba disampaikan didalam buku tersebut.

Saya memang dah lama nak main Cashflow 101 ni tapi takde geng. baca buku tu teori je, kena praktikal juga. Baru lebih faham. Macam pilot yang baru training, sebelum dia bagi pegang kapalterbang yang betul, kena pegang flight simulator dulu. Kalau tidak, orang nak pegi Paris, dia bawak pegi Parit. kan ke haruuuu...

Cashflow 101 ni kira-kira macam flight simulator la juga. persediaan untuk memasuki the real world.

  • Kalau tiba-tiba ada orang nak offer rumah murah, nak beli ke tak? Boleh dapat untung ke tak?
  • Kalau dah kira semua, ada untung tapi duit tak cukup pulak, ape nak buat?
  • Tiba-tiba dapat offer beli saham, harga tengah low, berapa nak beli? 1 unit? 10 unit? 1 juta unit?
  • Duit gaji cukup-cukup makan je, tetiba dapat tahu anak nak tambah lagi sorang? Ape nak buat?
  • tengah jalan-jalan kat shoping complex, tiba-tiba orang offer kredit kad, free of charge? Ape nak buat? Adakah anda ingin jadi salah seorang dari 40% yang disebutkan di atas?

Ini hanyalah senario yang mungkin anda alami semasa bermain Cashflow 101. Dan ini jugalah senario yang mungkin anda alami di dunia sebenar. Ini belum masuk lagi member yang batu api, busuk hati, kaki kelentong dan sebagainya. Semuanya ada di dalam Cashlow 101. Kalau anda rasa anda adalah salah seorang atau bakal menjadi salah seorang dari yg 40% tu, elok sangatlah datang ke bengkel Cashflow 101 ni.

Sebelum ni saya ingat Cashflow 101 ni macam main monopoly je..yang itu biasa la jadi juara. tapi yang ni lagi seronok rupanya, sampai lupa nak duduk. Dengan cerita, yang menangis pun ada. Ni kes bengkrap la kot. Tapi takpe, biar bengkrap kat sini daripada bengkrap betul-betul. Lagi satu yang saya belajar dari bengkel ini, orang gaji besar tak mesti lebih kaya dari orang gaji kecik. Mungkin drebar yang tersenyum kat depan tu lebih kaya dari bos yang tersandar pening kepala kat belakang. Nak tau macamana? Jom main!!


Comments
www.pakdi.net
pasni pakat ramai-ramai join. 4 orang satu korum kurang panas ;)
Written by: pakdi | 26/06/2007 11:52 am

matniaga
matniaga rupanya...
Written by: aku | 26/06/2007 7:43 pm

nak kaya..cubalah
hubungi saya kalau cuba nak jadi senang
Written by: TENGKU AHMAD MOKHTAR B. TENGKU MOHD YUSOFF | 12/11/2007 2:53 pm

Ingin juga nak jadi kaya, hutang tetap kena hutang
Hari ni kalau tak hutang tu tak sah la. Nak beli rumah kat bandar ni semua kena hutang. Lainlah kalau tinggal di kampung. Tapi isu kad kredit ni dah lama timbul. Kalau nak elakkan senang saja guna satu kad kredit sahaja. Dan kalau boleh minta bank turunkan sikit kredit limit tu. Tapi bank rasanya minta kita bersetuju sahaja kalau mereka nak naikkan kredit limit. Mahu tidaknya kalau hutang mencecah RM3500, tak kena bayar RM200 sebulan. Tapi orang zaman sekarang ni tak fikir sangat hal-hal yang boleh membantu mereka di kemudian hari. Sekian. Wassalam.
Written by: Mohamad Yusof | 24/12/2007 2:42 pm

pengennya sih kaya
Mau jadi kaya itu susahnya setengah mati, pengennya ada usaha tambahan selain jadi karyawan kantoran...biar bisa membiayai hidup yang semakin lama semakin berat. ada Info mengenai bisnis part time. hubungi saya ya......biar jadi kaya
Written by: Lis Rosalina | 07/04/2008 7:27 pm

huihhh
kaya sangattt
Written by: dol | 06/08/2008 8:21 pm


Post a comment
Name:


Email:


Title:


Comments:

Code:




Update
Tips
Santai

Windows XP atau Windows Vista
[October 20, 2008]

Seminar di Hotel dibenarkan semula
[August 15, 2008]

Selamat tinggal Pulau Pangkor
[July 27, 2008]

Skim pinjaman MARA
[June 23, 2008]

Jom Bincang Bisnes
[February 13, 2008]



Kereta


My Files




Add to Google


A service of jomniaga.com