[18/09/2007 1:44 am]
Minta maaf ye..

Pernahkah anda menerima email yang mengandungi hadis seperti di bawah?

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Saya juga ada dapat daripada member-member sempena bulan puasa ni. Malangnya ini bukan hadis  sahih. Ini bukan saya yang cakap tapi berdasarkan email daripada Bahagian Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas seperti di bawah:

Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB.
Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:
1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar.
2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
2- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.

Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.

Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.

Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:

Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.  
        (Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)


Wallahua'lam. Sekian, terima kasih

Menurut Ustaz Zaharuddin pula
setelah merujuk 24 buah kitab hadis, saya dapati kesemua kitab ini meriwayatkan hadis yg ada sedikit persamaan iaitu pada sebutan amin oleh nabi tapi kandungan email tu tidak sohih dari nabi. 
 
Kesimpulan, riwayat tu tiada asal dan asas setakat pengetahuan saya dari 400 kitab hadis yang saya semak, saya hanya dapati ada dalam 24 buah ktab, tapi semuanya bukan macam yg diberikan oleh anda.  (sila rujuk di sini)


Anyway, since we are talking about memohon maaf, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan silap sepanjang saya mengendalikan blog ini.

Selamt berpuasa,
Zubir Zainal Abidin


Comments

Post a comment
Name:


Email:


Title:


Comments:

Code:




Update
Tips
Santai

Windows XP atau Windows Vista
[October 20, 2008]

Seminar di Hotel dibenarkan semula
[August 15, 2008]

Selamat tinggal Pulau Pangkor
[July 27, 2008]

Skim pinjaman MARA
[June 23, 2008]

Jom Bincang Bisnes
[February 13, 2008]



Kereta


My Files




Add to Google


A service of jomniaga.com