[09/01/2008 3:30 pm]
Tahun Baru, Azam Baru, Perangai Lama

Mungkin ada yang bertanya, "dah seminggu baru nak cerita tahun baru ke?". Kira OK la ni..saya ikut tahun hijrah, bukan tahun masehi.

Adakah anda telah mencapai azam tahun 2007 anda? Menurut laman web rasmi kerajaan Amerika, www.usa.gov, antara azam tahun baru atau New Year Resolution yang popular ialah

1. Lose Weight
2. Pay Off Debt
3. Save Money
4. Get a Better Job
5. Get Fit
6. Eat Right
7. Get a Better Education
8. Drink Less Alcohol
9. Quit Smoking
10. Reduce Stress Overall
11. Reduce Stress at Work
12. Take a Trip
13. volunteer to Help Others

Persoalannya ialah adakah azam anda di mulut sahaja?

Kebanyakan orang buat azam baru sebab datangnya tahun baru, bukan sebab benar-benar ingin mencapai apa yang diazamkan. Orang lain buat, kitapun nak buat. Kalau dah biasa hisap rokok 20 batang sehari tiba-tiba cakap azam tahun baru saya nak berhenti merokok, boleh percaya ke? Rasanye 10 minit je azam tu. Itu sebab azam hanya tinggal azam. Nak mengubah perangai tu memang susah. Tambah lagi yang dah jadi buluh tu..memang susah nak dilentur..

Jadi apakah penyelesaiannya? Cuba ingatkan balik, hari pertama hisap rokok, adakah terus 20 batang sehari? orang dulu-dulu kata sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Orang sekarang kata sehari sebatang rokok, lama-lama jadi satu katon...he he he.

Apa yg perlu anda lakukan ialah to reverse the process. Kalau dulu makin lama makin tambah, sekarang makin lama makin kurang.

Lagi satu, pastikan mendapat support yang betul...kalau nak berenti merokok, kurangkan la lepak ngan member yg kaki rokok.

kalau new year resolution anda ialah nak kurangkan hutang tu (terutama kad kredit), jangan la join yg kaki joli, bergaul la dengan mereka yg ada kesedaran kewangan. Kalau dulu memang susah nak cari member tapi sekarang ni mudah, google je. Geng moto, geng kereta, geng satu sekolah, geng tanam anggur, geng bunga..macam-macam ada.

So...Apakah azam anda?

kalau anda ada azam nombor 2 & 3, boleh join geng laman web member teman di bicarajutawan.com dan urusinsan.

kalau anda ada azam 6, makan madu? (promot sikit..)

kalau anda ada azam 13, boleh join Sahabat Interaktif Malaysia (SIM), membantu anak-anak yatim di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. aktiviti hujung tahun lepas (Ni kira campur azam 10 juga nih!) & aktiviti awal tahun (2 Feb 2008 - Jom ramai-ramai).

hampir lupa pulak, Untuk azam nombor satu, tidak boleh digunapakai di Malaysia..he he eh.. sebabnya Food's too good, Malaysians not bothered about weight.

Selamat Berhijrah!

Comments

Post a comment
Name:


Email:


Title:


Comments:

Code:




Update
Tips
Santai

Windows XP atau Windows Vista
[October 20, 2008]

Seminar di Hotel dibenarkan semula
[August 15, 2008]

Selamat tinggal Pulau Pangkor
[July 27, 2008]

Skim pinjaman MARA
[June 23, 2008]

Jom Bincang Bisnes
[February 13, 2008]



Kereta


My Files




Add to Google


A service of jomniaga.com