|
Pulau Pangkor 'separuh lumpuh' ekoran daripada arahan kerajaan melarang kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menggunakan kemudahan hotel untuk seminar, kursus dan mesyuarat. Kami, peserta dibawah program usahawan Bizcom dan Phone Corner, adalah di antara yang terakhir mendapat peluang ini. Program dibawah anjuran MARA ini telah dilangsungkan selama 10 hari di Faez Resort, Pangkor. Persahabatan yang terjalin bukan sahaja antara peserta, malah dengan tenaga pengajar, penyelaras dan pekerja resort sememangnya satu kenangan yang tak mudah dilupakan. Lepas ni tak tahu lah apa nasib mereka yang bekerja disitu sebab memang kami peserta kursus inilah yang memenuhkan resort tersebut.
|